sape suka lagu ni sila share
Sunday 29 April 2012
jom layan lagu bollywood
jom kita layan lagu bollywood...
sape suka lagu ni sila share
sape suka lagu ni sila share
Tuesday 24 April 2012
eMedik: Info Tekanan Darah Rendah
eMedik: Info Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda
mungkin normal bagi seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos
tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan
simptom-simptom yang dapat anda rasai. Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan
darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung
mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa
jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah
< 90/60 mmHg.
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah
ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah
anda tetap dikira rendah.
Cth: 115 ? 50 = tekanan darah
rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah
(normal)
(rendah)
(rendah) (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh
membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp.
130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal
mendapat bekalan darah yang cukup
PENYEBABNYA:
Mengandung: Disebabkan sistem
peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah
sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan
darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik
menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah
lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
Masalah Jantung: Masalah-masalah
jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan
jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan
jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah
secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Masalah Endokrin: Masalah
kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih
aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu,
masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula
dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah
rendah.
Dehidrasi: Dehidrasi adalah
keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang
anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan.
Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik
(menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh
menyebabkan dehidrasi.
Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock”
(isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam
nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan
tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu
badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan
kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.
Kehilangan Darah:Kehilangan
darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan
jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang
teruk.
Jangkitan Yang Teruk
(Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan
memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah
yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.
Tindak Balas Alahan Yang Teruk
(anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam
nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah
ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah
pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.
Kurang Zat Dalam Diet:
Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana
badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan
tekanan darah rendah.
Ubat-Ubatan yang Boleh Menyebabkan
Tekanan Darah Rendah:
Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan
kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang
(anti-depressant)
Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan
bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)
Jenis-Jenis Tekanan Darah
Rendah:
Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun
Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk
atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki
apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju
dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan
terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan
urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan
darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan
kadangkala menyebabkan pitam.
Tekanan Darah Rendah Selepas Makan
(Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur.
Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi
mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil
untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi
mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan
darah menurun.
Petua Mengatasi Tekanan Darah
Rendah
1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi
jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh
menyebabkan kegagalan jantung.
2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu
cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan
isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi
kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral
Rehydration Salt, ORS).
3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran
darah.
4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika
bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit
duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan
kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan
graviti.
5. Pakai stoking elastik (gut/ compression
stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke
kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.
6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap –
kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti.
Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jika langkah-langkah di atas tidak dapat
memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.
Ubat-Ubatan:
Fludrocortisone – sejenis
mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan
darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan
penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan
darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan
kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari
jika anada mengambil ubat fludrocortisone.
Midodrine – ia berkesan
memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia
bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru
menaikkan takanan darah.
Monday 23 April 2012
hari ni tibe2 je aku kena tuduh kerana malukan dia...
bile masa lak aku malukan dia...
suka2 je tuduh aku malukan dia...
dah lama aku x ambik tahu pasal dia tibe2 lak ckp aku malukan dia kt org ramai...
peh... ayat yang aku buat sakit hati je... aku x de pun ganggu hidup dia...
tapi kenapa lak tibe2 dia ckp mcm 2 kt aku...
memang aku sabor je lah...
bile masa lak aku malukan dia...
suka2 je tuduh aku malukan dia...
dah lama aku x ambik tahu pasal dia tibe2 lak ckp aku malukan dia kt org ramai...
peh... ayat yang aku buat sakit hati je... aku x de pun ganggu hidup dia...
tapi kenapa lak tibe2 dia ckp mcm 2 kt aku...
memang aku sabor je lah...
Sunday 22 April 2012
Saturday 21 April 2012
Assalam"kum
Assalam"kum pada yang singgah ke blog aku ni.... hari ni aku baru je nak buat blog... dan masih x de topik nak buka...
Subscribe to:
Posts (Atom)