Friday 25 March 2016

26.3.2016

Rasa mcm nak kerja balik kt johor je... nak pergi jauh dari tapah.. nak jauhkn diri dari dia.. hati rasa mcm dah cukup terseksa dengan dugaan yg aku hadapi skrg.. rasa sakit sangt2... hati ni perlukan masa untuk sembuh.. tapi mampu ke aku nak jauh dengan dia.?. Satu hari tak jumpa dia pun dah rindu sangt2... lagi lah kalau lama2.. lagi teruk rasanya.. jiwa kacau dibuatnya... :(

Wednesday 23 March 2016

Kenangan kita


Biar lah video ini menjadi kenangan untuk kita..aku tahu hanya aku saja yg tepuk sebelah tangan. Aku doakan agar ko bahagia bersama org yang ko sayang dan cintai itu...

Come back

Lama dah x buat blogger.. sekrg nak kembali buat blog... maaf lah yer bab lama menyepi...

Wednesday 8 August 2012

Cinta Dan Sayang

Cinta Dan Sayang... 
Cinta Dan Sayang aku pada orang yang berbeza... 
Aku Cintakan Orang Lain... 
Tapi Aku Sayangkan Orang Lain... 
Aku Cinta Padakan Ex-Girlfriend aku... 
Dan Aku Sayangkan Seseorang yang aku rahsiakan nama dia... 

Aku Sangat Mencintai Ex-Girlfriend aku...
Dan pada masa yang sama Aku Sayangkan orang lain...
Aku sungguh keliru ngan semua ni...
Adakah aku patut terus Menunggu Ex-Girlfriend aku...
Atau aku Terus Mencuba mencintai orang yang aku sayangkan itu...
Bermcm2 perkara yang berada di dalam fikirin aku...

Dan adakah aku patut bagitahu dia yang aku sayangkan dia...
Maybe dia x tahu yang aku sayang kan dia...
Walaupun aku selalu msj ngan dia... 
Dan pernah dia tanyer aku sape orang yang aku sayangkan itu...
Aku x dapat nak bagitahu dia sape yang aku sayangkan...
Dan aku berjanji yang aku akan bagitahu pada dia pada hari raya pertama...
Aku kan pegang pada janji2 aku pada dia... 
Aku akan bagitahu dia orang yg aku sayangkan itu adalah dia...
Walaupun hati aku takut nak bagitahu dia yang aku sayangkan dia dan kalau dia x sayangkan aku...
Aku lebih rela tidak bagitahu dia daripada aku dapat malu besar sekiranya dia tak sayangkan aku sebagai mana aku sayang kan dia...
Tapi semua 2 terpulang lah pada dia... 
Yang penting aku dah tunaikan janji aku pada dia nnti...
Tak kisah lah kalau dia nak sayangkan aku atau tak...
Itu hak dia, aku x boleh nak paksa dia menyayangi aku...
Sekiranya dia jodoh aku, akan aku bersyukur kerana dapat jodoh seperti dia....
Sekiranya dia bukan jodoh aku, aku terima dengan hati yang terbuka...

Friday 27 July 2012

Ganjaran Seorang Isteri Di Sisi Allah



Alangkah indahnya seorang isteri...

Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ektra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran ada ke atasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Tuesday 24 July 2012

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena


Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.
Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.
Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?
Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.



Monday 23 July 2012

Untuk Kaum Hawa

Untuk Kaum Hawa....


Tutup Lah AURAT Kamu Dengan Sempurna.. 


Jaga Lah Diri Kamu Dengan Sempurna...


Renung2 Kan Dan Selamat Beramal